Pernahkah kalian rasa seperti ada sesuatu yang hilang? Tiada pergaduhan besar, tetapi hati mula bertanya: “Kenapa aku tidak rasa bahagia seperti dulu?”. Ramai yang tersungkur di tengah jalan kerana menyangka cinta telah hilang, sedangkan yang berubah hanyalah emosi yang tidak menentu. E-buku ini hadir sebagai kompas praktikal untuk kalian yang sedang buntu, membuktikan bahawa mahligai yang retak boleh dibina semula, bukan dengan menunggu keajaiban, tetapi dengan ilmu dan tindakan yang betul. Buku ini memberi panduan mengemudi perkahwinan tanpa mencari kesempurnaan.